Saturday, January 3, 2009

Bersama Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja

Assalamualaikum,

Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekelian,

Alhamdulillah, program Qurban dan Aqiqah di Kemboja telah sempurna dilaksanakan pada;-

Tarikh:
08 Disember 2008 sehingga 11 Disember 2008
10 Zulhijjah 1429H sehingga 13 Zulhijjah 1429H

Tempat:
Wilayah Kratie, Kg Cham, Sihanouk Ville, Ratanakiri, Kg Cham, Kg Chhnang, Kg Thom, Kandal, Mondulkiri, Phnom Penh dan Pursat

Dilaksanakan oleh:
Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja (YAPIK)

Jumlah Qurban Lembu: 154 Ekor

Jumlah Aqiqah Kambing: 17 Ekor

Jumlah Aqiqah Lembu: 1 Ekor

Pengagihan:
Diagihkan kepada beberapa buah keluarga yang terdiri daripada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, faqir dan miskin diseluruh Kemboja.

Dikepilkan bersama gambar Qurban dan Aqiqah di Kemboja.









Klik untuk gambar selanjutnya

Laporan disediakan oleh;
YB Tuan Haji Zakarayya Adam
Naib Presiden YAPIK & Ahli Parlimen Kerajaan Kemboja.

No comments:

Post a Comment