Wednesday, February 17, 2010

Pertukaran WEB & EMEL Qurban & Aqiqah..

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan website & emel bagi laporan qurban dan aqiqah telah berpindah ke :


Emel : ramadhan-qurban@jim.org.my

Segala data telah dikemaskini di dalam laman web di atas.

Harap Maklum..

Terima Kasih

Saturday, January 31, 2009

Brosur Program Aqiqah JIM




"Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud)
Klik, untuk muat turun borang

KEMPEN TABUNGAN QURBAN JIM 1430H


TERLEPAS PELUANG UNTUK BERSAMA DALAM PROGRAM QURBAN KERANA KESUNTUKKAN WANG?

INSYAALLAH, KAMI ADA PENYELESAIANNYA, SERTAILAH...

KEMPEN TABUNGAN QURBAN 1430H !!!

BAGAIMANA CARANYA?
1.MENABUNG RM30 SEBULAN SELAMA 10 BULAN BERMULA JANUARI SEHINGGA OKTOBER 2009.
2. KAEDAH TERBAIK, MEMBUAT SATU ARAHAN BANK UNTUK MEMBAYAR KE AKAUN JIM

NAMA AKAUN: PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
NO AKAUN: BANK MUAMALAT 1403 0000 391 713

3. FAKSKAN BANK IN SLIP KE 03-41071754 ATAU SCAN DAN EMELKAN KE tabungan.qurban1430h@gmail.com

BERMINAT MENYERTAINYA?
HANTARKAN NAMA, JIM DAERAH, TEL BIMBIT DAN EMEL KE tabungan.qurban1430h@gmail.com ATAU SMS MAKLUMAT DI ATAS KE 019-6109293

MAKLUMAT LANJUT;
HUBUNGI SEKRETARIAT RAYUAN QURBAN JIM DITALIAN
03-41053159 / 03-41089669

Friday, January 30, 2009

Brosur Laporan Qurban & Aqiqah 1429H



Assalamualaikum,

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekelian,

Alhamdulillah, surat, sijil dan brosur laporan Qurban & Aqiqah JIM 1429H telah siap dicetak. Dan akan diposkan kepada semua peserta qurban JIM.

InsyaAllah, semua peserta Qurban & Aqiqah JIM 1429H akan menerima;

1. Surat pelaksanaan Qurban & Aqiqah

2. Sijil pelaksanaan

3. Brosur laporan Qurban & Aqiqah JIM 1429H

Disisipkan surat pelaksanaan, sijil penyertaan dan brosur laporan qurban yang akan diterima oleh setiap peserta Qurban JIM 1429H.









Friday, January 23, 2009

Tuesday, January 6, 2009

Bersama Madrasah Jamaiah Islamiah Al Anwar

Assalamualaikum,

Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekelian,

Alhamdulillah, program Qurban dan Aqiqah di Vietnam telah sempurna dilaksanakan pada;-

Tarikh:
08 Disember 2008 / 11 Zulhijjah 1429H

Tempat:
Masjid Darul Na'im Lilmuslimin, Masjid Ni'amat, Masjid Noorul Islam, Masjid AlMubarak dan Masjid Noorul Iman.

Dilaksanakan oleh:
Madrasah Jamaiah Islamiah Al Anwar

Jumlah Qurban Lembu:
5 Ekor

Pengagihan:
Diagihkan kepada warga emas, anak yatim ibu tunggal dan penduduk setempat.

Dikepilkan bersama gambar Qurban dan Aqiqah di Vietnam.






Klik untuk gambar selanjutnya

Laporan disediakan oleh;
Ustaz Ab Rahman Ibrahim
Madrasah Jamaiah Islamiah Al Anwar Representative