Saturday, January 3, 2009

Bersama Madrasah Ar Rahmaniah

Assalamualaikum,

Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekelian,

Alhamdulillah, program Qurban dan Aqiqah di Selatan Thailand telah sempurna dilaksanakan pada;-

Tarikh:
08 Disember 2008 sehingga 10 Disember 2008
10 Zulhijjah 1429H sehingga 12 Zulhijjah 1429H


Tempat:
Kampung Pandan, Pondok Sri Hasanah, Rumah Anak Yatim Abu Hurairah, Madarasah Kalamullah Yaaring, Masjid Kampung Jabat, Masjid Nat Tok Mong Budi, Masjid Rudatul Naim, Masjid Kampung Kerisek, Tempat Pengajian Persatuan Islam Wilayah Narathiwat dan Kampung Cerang Tadong.

Dilaksanakan oleh:
Madrasah Ar Rahmaniah, Selatan Thailand

Jumlah Qurban Lembu:
10 Ekor

Pengagihan:
Diagihkan kepada 359 buah keluarga dan 930 orang yang terdiri daripada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, faqir dan miskin diseluruh Selatan Thailand.

Testimoni:
"Kami doakan supaya Allah menerima amalan qurban dan mencucuri rahmat dan barkat kepada mereka yang sentiasa simpati dengan umat Islam di Pattani" - Ustaz Samsuding Sulung, Guru Madrasah Kalamullah.

"Alhamdulillah, dengan adanya bantuan qurban dari JIM dan umat Islam dari Malaysia banyak boleh membantu umat Islam yang susah dan memberi sumbangan dalam bantuan daging bagi mereka yang sangat perlu pihak kami banyak mengucapkan terima kasih dan pohonkan agar program seperti ini akan berterusan. Semoga Allah sentiasa membalas baik kepada yang terlibat" - Ustaz Haji Abdul Rahman Abdullah, Guru dan Pensyarah Maahad Namu Zaji Islami Pattani.

"Kami banyak berterima kasih di atas segala sumbangan terhadap umat Islam disini dengan adanya bantuan Qurban tahun banyak membantu kami dapat mengadakan program pada hari yang kami jalankan qurban diantaranya membahagikan daging kepada anak yatim, mengadakan majlis khatam Al Quran secara jamaie yang dihadiri oleh kanak-kanak yang khatam Al Quran seramai 270 orang peserta dan ibu bapa lebih dari 200 buah keluarga yang bersama menikmati daging qurban yang JIM hulurkan. Kami berharap agar tahun-tahun hadapan agar ada lagi bantuan akan kami manfaatkan lebih banyak lagi daging qurban insyaAllah. Terima kasih kepada semua" - Guru Kelas Al Quran Qiraati Persatuan Islam Wilayah Narathiwat.

Dikepilkan bersama gambar Qurban dan Aqiqah di Selatan Thailand.



Klik untuk gambar selanjutnya

Laporan disediakan oleh;
Ustaz Muhammad Ismail
Penyelaras Qurban JIM
Selatan Thailand.

No comments:

Post a Comment