Saturday, January 3, 2009

Bersama Maahad Muhammadi

Assalamualaikum,

Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekelian,

Alhamdulillah, program Qurban dan Aqiqah di Selatan Thailand telah sempurna dilaksanakan pada;-

Tarikh:
08 Disember 2008 sehingga 09 Disember 2008
10 Zulhijjah 1429H sehingga 11 Zulhijjah 1429H


Tempat:
Kampung Takut, Kampung Sepong, Kampung Bukit Bakong, Kampung Kha, Kampung Pray, Kampung Jakam, Kampung Pulau Kapas, Kampung Tabo Rae, Kampung Balek Heler dan Kampung Bukit Tanjung.

Dilaksanakan oleh:
Maahad Muhammadi, Selatan Thailand

Jumlah Qurban Lembu:
10 Ekor

Pengagihan:
Diagihkan kepada beberapa buah keluarga yang terdiri daripada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, faqir dan miskin diseluruh Selatan Thailand.

Testimoni:
"Alhamdulillah bersyukur kerana kami dapat simpati dan sumbangan Qurban 1429H sebanyak 10 ekor lembu dari kaum muslimin di Malaysia melalui JIM, semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan kesusahan yang dialami oleh kami, InsyaAllah kami dengan rasa gembira dan ikhlas mengucapkan terima kasih di atas usaha pihak JIM semoga Allah membalas usaha murni pihak JIM dengan sebaik-baik balasan".

Dikepilkan bersama gambar Qurban dan Aqiqah di Selatan Thailand.



Klik untuk gambar selanjutnya


Laporan disediakan oleh;
Ustaz Daud Nawawi
Pengetua Maahad Muhammadi
Narathiwat, Thailand

No comments:

Post a Comment